Bahasa Indo-Arya Lama

Bahasa Indo-Arya lama setara dengan bahasa Sanskrit hanya dari segi kekhususannya dengan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit ini terbahagi kepada bahasa Sanskrit kitab Veda dan bahasa Sanskrit klasik. Rekod kita mengenai orang Indo-Arya lama bermula dengan syair-syair dari Rigveda, yang bertarikh sekurang-kurangnya 1000 SM. Ia merupakan hasil kemahiran kesusasteraan orang zaman itu. 

Syair-syair itu dikarang sebaik sahaja ketibaan orang Arya di benya kecil India. Syair-syair itu langsung tidak menunjukkan sebarang rujukan mengenai tempat tinggal mereka di luar India dan bentuk bahasanya boleh dikategorikan sebagai bahasa Indo-Iran yang biasa.

Tahap pertengahan antara zaman bahasa Sanskrit Rigveda dengan zaman bahasa Sanskrit klasik disebut sebagai zaman Brahmana. Brahmana ini adalah karya sastera yang menafsir maksud-maksud mistik dari upacara Veda. Yang terawal sekali antaranya ditulis pada abad pertama SM. Upanishad adalah sebahagian daripada sastera Brahmana ini.

Masa pun berlalu, bahasa kelompok terpelajar iaitu kaum pendita kemudian terpecah terus. Hal ini terjadi kerana keperluan untuk menyampaikan ayat-ayat suci dalam sebutan yang betul bagi memelihara keberkesanan upacara agama itu sendiri. Seterusnya, pengajian sebutan bahasa Sanskrit itu menjadi asas kepada pengajian mengenai sebutan yang terdiri daripada kajian linguistik dan juga analisis fonetik. Berikutnya, timbul ilmu ketatabahasaan yang bukan sahaja melibatkan bahasa kitab suci, sebaliknya juga melibatkan pengucapan kelompok terpelajar.

Kitab Panini

Kitab tatabahasa Panini, Ashtadhyayi, yang umumnya dikaitkan dengan abad ke-4 SM, jelas sekali menunjukkan tradisi ketatabahasaan yang maju dan canggih. Penyempurnaan karya ini menyebabkan karya-karya tatabahasa sebelumnya terhapus.   

Dalam kurang daripada 4,000 sutra, Panini menganalisa keseluruhan fonologi dan morfologi bahasa Sanskrit. Beliau mendahului kaedah tatabahasa zaman moden dari segi tatabahasa transformasi generatif. 

Tatabahasa Panini ini tidak boleh dibandingkan dengan tatabahasa zaman moden kerana ia lebih condong kepada pemeliharaan sebutan bagi pemindahan lisan kepada orang lain. Karya ini sangat ringkas sehingga boleh dibaca habis dalam beberapa jam sahaja. Ia sangat komprehensif dan tepat. Seterusnya menjadi autoriti muktamat bagi segala persoalan mengenai penggunaan bahasa Sanskrit yang betul. Jadi, bahasa Sanskrit klasik telah pun dikodifikasikan oleh kitab tatabahasa Panini itu sendiri. 

Bahasa Sanskrit Klasik

Perbezaan rasmi antara bahasa Sanskrit kitab suci Veda dengan bahasa Sanskrit klasik sebenarnya kecil sahaja. Dari segi fonologi, perbezaan sandhi nampak ketara. Sebutan tiga suku kata berubah menjadi dua suku kata saja, contohnya perkataan viriam menjadi viryam. Dari segi mofrologi, bentuk infleksi dikurangkan dengan hilangnya subjunktif. 

Dari segi kosa kata bahasa Aryan purba, banyak perkataan bahasa Aryan sudah hilang. Ia banyak menerima kata pinjaman dari bahasa asing lain juga. Bahasa Sanskrit klasik lebih banyak berdasarkan kepada bentuk loghat bahasa Indo-Arya purba di sebelah timur berbanding dengan bahasa Sanskrit zaman Rigveda. Disebabkan ia sudah ke timur, maka banyak sebutannya masih belum berubah berbanding dengan bahasa Sanskrit Rigveda. Contohnya perkataan Raghu (pantas, cahaya) dalam bahasa Sanskrit Rigveda disebut sebagai Laghu (cahaya) dalam bahasa Sanskrit klasik. Perkataan ini selari dengan perkataan dalam bahasa Yunani iaitu, Elakhos

Terdapat juga bahasa cabang Indo-Arya lama lain namun tiada rekod berterusan mengenai bahasa-bahasa itu. Dari bahasa-bahasa itu nanti timbul bahasa Indo-Arya pertengahan.