Tanda-Tanda Suara
Tanda suara yang pelik sekali dalam penulisan aksara nagari adalah tanda suara bagi suara i yang ditulis di depan aksara. Contohnya seperti ति ti पि pi dan कि ki.
Bagi suara-suara lain seperti e dan apitai ai, tandanya ditulis di atas aksara. Contohnya seperti ते te तै tai, पे pe पै pai dan के ke कै kai.
Bagi suara o dan au, tambahkan satu baris pada sebelah aksara dan tanda di atas baris itu. Contohnya seperti ini तो to तौ tau, पो po पौ pau dan को ko कौ kau.
Tanda Suara Mulaan
Apabila sesuatu suara itu didahului oleh aksara maka, hal seperti di atas itu terpakai dalam penulisan nagari. Namun, apabila memulakan sesuatu perkataan yang didahului oleh bunyi suara, maka kita perlu menggunakan tanda suara mulaan. Tanda-tandanya adalah seperti berikut:
Suara Pendek
- अ a
- इ i
- उ u
- ऋ ṛ
- ळ ḷ
- ए e
- औ au
- आ ā
- ई ī
- ऊ ū
- ॠ ṝ
- ऴ ḹ
- ऐ ai
- औ au
- एति dia berpergian
- अतीत berlalu, lampau
- तितउ tampi
Terdapat dua tanda dalam aksara nagari yang tiada bentuk 'bebas' kerana mewakili perubahan bunyi suara sengau dan bunyi suara bisikan.
Anusvāra
Tanda ini berbentuk satu titik yang terletak sebelah atas kanan sesuatu suku kata. Ia diwakili dengan ejaan rumi ṃ. Bunyi ini melambangkan sengau pada svara seperti bunyi dalam bahasa Melayu Terengganu atau bahasa Melayu Kelantan. Contoh sebutannya adalah seperti तों toṃ atau तां taṃ.
Contoh untuk latihan:
Visarga
Bunyi ini diwakili oleh dua titik selepas aksara atau suku kata. Huruf ruminya adalah ḥ. Bunyi ini boleh dilihat pada perkataan bahasa Melayu seperti darah, padah atau parah. Disebabkan bahasa Melayu turut menyerap pengaruh bahasa Sanskrit maka pembelajaran ini sebenarnya tidak susah sangat untuk penutur bahasa Melayu terutamanya mereka yang mencapai peringkat tinggi dalam bahasa Melayu.

- तं dia (lelaki)
- तां dia (perempuan)
- तितउं ditampi
- अंत hujung, habis, selesai
Visarga
Bunyi ini diwakili oleh dua titik selepas aksara atau suku kata. Huruf ruminya adalah ḥ. Bunyi ini boleh dilihat pada perkataan bahasa Melayu seperti darah, padah atau parah. Disebabkan bahasa Melayu turut menyerap pengaruh bahasa Sanskrit maka pembelajaran ini sebenarnya tidak susah sangat untuk penutur bahasa Melayu terutamanya mereka yang mencapai peringkat tinggi dalam bahasa Melayu.
Contoh untuk latihan:
- ततः oleh itu
- ताः mereka (wanita-wanita itu)
- तैः oleh mereka
- आः ah!