अक्षर वृत शास्त्र

Vṛtaśastra adalah susunan aksara suku kata mengikut cara purba. Susunan ini membentuk satu puisi empat ayat yang menceriterakan mengenai tokoh yang mendarat di Pulau Jawa, dikenali sebagai Sang Aji Śaka. Walau bagaimanapun, susunan ini hanya mempunyai 18 vyañjana sahaja yang disebut sebagai aksara vṛtaśastra. Aksara svalalita sebanyak 15 aksara itu tidak ada dalam puisi ini.

Berikut adalah aksara yang disusun mengikut susunan aksara ini:
हनच२क
दतसवल
पधजयञ
मगबथङ
Sejarah Sang Aji Śaka

Sang Aji Śaka ini adalah lagenda di Pulau Jawa, Indonesia. Baginda dikaitkan dengan tamadun yang dibawa ke Pulau Jawa dari benua India purba. Dari lagenda baginda ini, aksara vṛtaśastra pun tercetus.

Tokoh ini kononnya berasal dari Madhyatibhumi, sebuah tempat yang tidak diketahui di Jambudvipa (benua kecil India). Aji Śaka bermaksud Raja Asal dalam bahasa Jawa. Tafsiran moden mengaitkan nama raja ini dengan suku kaum Śaka (Indo-Scythia) dari Satrap Barat yang kini berada di wilayah Gujarat moden di Republik India. Lagenda ini dipandang sebagai permulaan tamadun Hindu-Buddha di Pulau Jawa.

Lagenda ini juga memaparkan bahawa Aji Śaka ini adalah pencetus kalendar Saka atau sekurang-kurang raja pertama yang memperkenalkan sistem kalender Indo-Saka di Pulau Jawa. Kerajaan Medang Kamulan yang dimulakan oleh tokoh lagenda ini di Jawa kemungkinannya dikaitkan dengan kerajaan Medang yang terdapat dalam kajian sejarawan-sejarawan di Indonesia.

Ceritera Aji Śaka mengalahkan raja raksasa yang makan orang ini ditafsirkan sebagai kejatuhan pemerintah tempatan yang tidak disukai orang ramai, kenaikan Pulau Jawa dari adat yang tidak bertamadun kepada adat yang bertamadun dan kemungkinan juga ketahanan kepercayaan agama para kṣatria yang berdiam di Pulau Jawa pada zaman itu.