Catitan tentang Bunyi Suara

Suara 'A' Pendek
 
Bagi penutur bahasa Melayu, sebutan bunyi a pendek disebut seperti biasa sahaja kerana pengaruh bahasa Sanskrit juga terdapat dalam bahasa Melayu. Pengaruh ini diterima ketika zaman pengaruh kebudayaan dari tamadun benua India purba mempengaruhi kerajaan-kerajaan kecil orang Melayu sejak dari awal abad masihi lagi. Contoh perkataan yang mempunyai vokal a pendek adalah seperti berikut:
  • पंडित paṇḍit pendita
  • सति satī amalan wanita kesatria
  • पंजाब pañjāb punjab
Bunyi bagi vokal a pendek ini sebenarnya berbeza mengikut rantau di India Barat dan di sebelah rantau Asia Tenggara, ia dibunyikan dengan separa terbuka, ke tengah sedikit dan tidak penuh. Oleh sebab itu, wujud bunyi suara ě pepet dalam bahasa-bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit seperti bahasa Melayu, bahasa Bali atau bahasa Jawa.

Suara 'Ā' Panjang

Bunyi ā ini dibunyikan secara terbuka, ke tengah dan ke depan serta tidak penuh. Bunyi begini wujud dalam bahasa Melayu Kelantan. Ciri sebutan ini sebenarnya direkodkan juga oleh Pāṇini dalam sastera tatabahasa beliau sejak 2000 tahun yang lalu.

Suara Panjang

Suara-suara panjang lain seperti ī, ū dan hanya berbeza dari suara pendek sepadannya dengan disebut lebih panjang sedikit sahaja. Perbezaan panjang dan pendek dalam sebutan bunyi suara ini sudah pupus dalam bahasa Hindi moden. Mereka yang tidak berpendidikan sering terkeliru dalam menulis aksara suara i dan ī dalam penulisan mereka.

Bunyi-bunyi suku kata dari bunyi cecair , dan juga telah pupus dari pengucapan ramai sejak lama dulu. Ingatan untuk menyebutnya dengan betul juga telah hilang. Suku kata hanya berlaku dalam setengah bentuk kata kerja k-ḹ-p dan ia boleh dianggap sebagai tidak penting sangat. Pendita moden juga cenderung untuk menyebut suku kata sebagai ri atau yang lebih tidak sesuai . Bunyi ini masih wujud dalam bahasa Melayu yang menurut pengalaman saya sebagai penutur bahasa Melayu disebut sebagai iaitu dengan suara ě pepet.

Apitan

Terdapat juga apitan atau diftong dalam bahasa Sanskrit. Apitan-apitan ini terdiri daripada empat jenis. Ia dibahagikan kepada apitan pendek dan apitan panjang. Apitan pendek adalah e dan o manakala apitan panjang adalah ai dan au.

Sebagai nota, bahasa Sanskrit mestilah dianggap sebagai bahasa percakapan dan bukan bahasa penulisan. Anggapan bahawa ia adalah bahasa penulisan seperti pengkaji bahasa Sanskrit dari Barat menyebabkan sebutan bahasa ini menjadi salah.