Aśvaghoṣa sebagai Pelopor Bahasa Sanskrit Klasik

Aśvaghoṣa, tokoh penganut Buddha pada abad kedua masihi adalah salah seorang tokoh yang berpengaruh besar dalam proses penyebaran bahasa Sanskrit klasik. Dalam pada sastera-sastera Buddha awal meninggalkan terus bahasa Sanskrit, namun Aśvaghoṣa berkompromi dan menghasilkan ulasan sastera dalam bahasa Pali-Sanskrit atau sekurang-kurangnya menggunakan bahasa Sanskrit yang tidak dipengaruhi oleh tatabahasa Pāṇini. Aśvaghoṣa bukan sahaja mahir dalam penulisan bahasa Sanskrit klasik, sebaliknya juga beliau mahir dalam kesusasteraan bahasa Sanskrit. Tokoh ini bukan sahaja menjadi tokoh penting dalam sejarah penyebaran ajaran Buddha. Beliau juga terkenal dalam sejarah kesusasteraan bahasa Sanskrit.

Hal ini menjadi permulaan bagi zaman agung bagi bahasa Sanskrit klasik yang bertahan selama lebih kurang 1000 tahun. Ia digunakan sebagai bahasa penyampaian pelbagai jenis pemikiran spekulatif dan falsafah di benua kecil India dan di kepulauan Asia Tenggara. Pada abad-abad awal masihi, pengetahuan kita berkenaan pelbagai perkara menjadi kurang kerana banyak benda yang tertulis itu telah hilang serta musnah. Keadaan ini menyebabkan karya-karya Aśvaghoṣa dipandang sebagai penting. Selain daripada itu, Aśvaghoṣa yang karya-karyanya terselamat menjadi pendahulu kepada Kālidāsa, penyair bahasa Sanskrit terkenal pada abad seterusnya.