Bahasa Indo-Arya Moden

Trend yang sedia dimaklumi dalam bahasa Indo-Arya Pertengahan kemudian berlanjutan ke bahasa Indo-Arya Moden. Ciri-ciri bahasa Indo-Arya Moden adalah seperti berikut:
  • Urutan vokal dalam bahasa Indo-Arya Pertengahan dari ai dan au berubah menjadi vokal yang satu sahaja kerana perkembangan percakapan orang ramai dalam bahasa Indo-Arya Moden.
  • Vokal akhir dipendekkan atau dihapuskan terus.
  • Konsonan ḍ dan ḍh antara dua vokal berubah menjadi ṛ dan ṛh.
  • Kes kata nama dikurangkan lagi dan bentuk kata nama diperkenalkan ke dalam sistem kata kerja.
Bahasa-bahasa kesusasteraan kemudian dikeluarkan dari penggunaan bahasa basahan yang standard. Bentuk sastera tinggi contohnya dalam bahasa Urdu-Hindustan selalu sahaja menggunakan bahasa Parsi-Arab atau diubah menjadi bahasa yang berbunyi Sanskrit apabila bentuk Hindi digunakan. Jurang ini selalunya dirasmikan dalam bahasa Bengali di Bengal Barat, India dan di Bangladesh. Mereka membezakan antara Sadhu-Bhasa iaitu bahasa kesusasteraan yang berbentuk Sanskrit dengan Calit-Bhasa yang berupa bahasa basahan dalam perbualan.
Rujukan:
  • Characteristics of the Modern Indo-Aryan Languages, Encyclopaedia Brittanica (online)
  • Nepal di Malaysia: Projek untuk cover migran ekonomi Nepal di Malaysia, Northern Gate, 6 September 2014 (online)