Bahasa Māgadhī Prakrit

Bahasa Māgadhī Prakrit adalah bahasa pasar jenis Indo-Arya pertengahan. Ia menggantikan bahasa Sanskrit Veda di beberapa bahagian di benua kecil India. Pada zamannya, ia dituturkan di beberapa rantau yang kini berada di:
  • Assam
  • Odiṣa atau Kaliṅga
  • Bengal
  • Bihar
  • Uttar Pradeś
Bahasa ini juga digunakan dalam drama-drama zaman pertengahan di benua kecil India sebagai mewakili perbualan dalam bahasa pasar. Bahasa ini dipercayai dituturkan oleh baginda Siddhartha Gautama Buddha dan Tirthankara Mahāvīra. Ia juga dijadikan sebagai bahasa istana di Mahājanapāda Magadha dan empayar Maurya. Tiang-tiang bersurat Aśoka dipahat dalam bahasa ini.
 
Bahasa Māgadhī Prakrit kemudian berevolusi menjadi bahasa-bahasa Indo-Arya Timur yang antaranya termasuklah seperti bahasa berikut:
  • Bahasa Assam
  • Bahasa Bengali
  • Bahasa Bhojpuri
  • Bahasa Chakma
  • Bahasa Maithili
  • Bahasa Magahi
  • Bahasa Odia
  • Bahasa Rajbangsi
  • Bahasa Rohingya
  • Bahasa Sylheti
  • Bahasa Chittagong
Dalam kebanyakan ranting bahasa ini, bahasa Bengali adalah bahasa yang paling banyak penuturnya iaitu melebihi 240 juta penutur. Ia kemudian diikuti dengan bahasa Odia dan bahasa Maithili yang kedua-duanya melebihi 40 juta penutur. Bahasa Bhojpuri pula dianggap sebagai salah satu loghat bahasa Hindustan mempunyai penutur melebihi 30 juta.