Pembentukan Perkataan dalam Bahasa Pali

Bahasa Pali mempunyai banyak sekali perubahan dalam bentuk kata dari segi tatabahasanya. Perkataannya akan memaparkan ciri-ciri seperti berikut apabila menyampaikan sesuatu maksud iaitu:
  • Fungsi
  • Kala kata kerja
  • Angin
  • Orang
  • Bilangan
  • Jantina
Selain daripada penggunaan kata akar dalam menyampaikan maksud dalam sesuatu ayat, satu atau dua imbuhan akan ditambahkan pada perkataan untuk mengubahkan maksud bagi perkataan akar tersebut.
 
Bagi kata nama puka, ia akan berubah mengikut jantina, bilangan dan juga keadaan. Kata kerja dalam bahasa Pali akan menyampaikan maklumat mengenai jenis orang, bilangan, kala masa bagi perbuatan dan juga angin (mood).
 
Kata Nama dalam Bahasa Pali
 
Kata nama bahasa Pali berubah mengikut tiga jenis jantina sama seperti bahasa Jerman di Eropah. Ia juga akan berubah dengan tambahan imbuhan bagi menjelaskan bilangan seperti mufrad (singular) atau jamak (plural). Jenis-jenis kata nama dalam bahasa Pali adalah seperti berikut:
  • Maskulin, berjantina lelaki
  • Feminin, berjantina wanita
  • Neutral, tiada jantina
Kata nama pada asasnya menerangkan empat keadaan mengikut konteks ayat iaitu:
  • पच्चत iaitu subjek atau pemangsa dalam ayat atau keadaan menyeru
  • उपयोग iaitu keadaan objek atau mangsa kepada tindakan subjek
  • करण्ना iaitu keadaan kepada tujuan tindakan
  • सम्पदना iaitu keadaan memberi
  • समिन iaitu keadaan pemisahan kata nama atau keadaan kepunyaan
  • भुम्मा iaitu keadaan tempat
Walau bagaimanapun, dalam banyak keadaan dua atau pun lebih daripada keadaan yang disebutkan di atas itu berada dalam bentuk yang sama. Hal ini menyentuh keadaan समिन dan keadaan उपयोग.