Pada tahap ini, banyak manfaatnya jika kita membuat perbezaan dua lipatan seperti berikut iaitu:
- perbezaan antara bahasa yang telah mati dengan bahasa yang masih hidup; dan
- perbezaan antara bahasa yang muncul secara semulajadi dengan bahasa yang dipelajari.
Sesuatu bahasa itu adalah bahasa yang semulajadi jika ia diperkembang dan digunakan secara nalurinya oleh seseorang manusia. Sesuatu bahasa itu adalah bahasa yang hidup sekiranya sekelompok manusia itu memilih untuk berbual dan menjana buah fikiran dengan menggunakan bahasa tersebut berbanding dengan menggunakan bahasa yang lain.
Bagi sarjana orientalis moden di barat, bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa yang telah mati dan ia adalah bahasa yang dipelajari oleh mereka. Bagi Kālidāsa atau Śaṃkara, bahasa Sanskrit adalah bahasa yang dipelajari oleh mereka dan bahasa yang hidup. Istilah bahasa yang dipelajari ini diberikan kepada bahasa Sanskrit berbanding dengan bahasa buatan kerana bahasa Sanskrit adalah bahasa yang muncul secara semulajadi. Ia bukan bahasa buatan yang direka-reka seperti bahasa Esperanto atau bahasa Tolkien.
Wahana sastera untuk sebarang bahasa pun mempunyai elemen-elemen pengucapan yang dipelajari. Selain daripada kecenderungan untuk menyesuaikan percakapan dengan peraturan-peraturan tatabahasa secara sedar, seseorang itu boleh juga mengurangkan penggunaan corak ayat yang biasa melalui perluasan kosa kata dan penyenaraian buah-buah fikiran yang lebih rumit. Dalam ungkapan sesuatu buah fikiran yang diberikan itu, ia selalu disampaikan dalam satu ayat yang menggunakan sintaksis yang lebih ringkas berbanding dengan dalam bentuk rasmi.
Bahasa-bahasa yang hidup sama ada yang semulajadi atau yang dipelajari, berubah dan berkembang. Namun, apabila bahasa yang dipelajari seperti bahasa Melayu kesusasteraan itu diikat ketat dan disuburkan dengan peribahasa semulajadi, maka peluangnya untuk berkembang secara bebas pun akan menjadi terbatas. Bahasa Sanskrit memaparkan contoh yang menarik apabila ia menjadi bahasa yang berkembang bebas dari kekangan-kekangan lalu menjadi bahasa kesarjanaan dan bahasa untuk mengungkapkan kesenian.
Untuk menyatakan bahawa bahasa Sanskrit ditulis dengan pematuhan kepada undang-undang tatabahasa Pāṇini itu pada satu sudutnya adalah benar. Namun, pada sudut yang satu lagi pula adalah tidak benar. Pāṇini mungkin terkejut besar jika beliau melihat cara Bāṇa, Bhavabhūti atau Abhinavagupta berurusan dengan menggunakan bahasa Sanskrit. Hal ini selanjutnya menunjukkan bahawa penulis-penulis bahasa Sanskrit bertegas untuk menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa yang hidup berbeza dengan perkara yang digaduhkan oleh Orientalis Barat bahawa bahasa Sanskrit adalah bahasa mati yang dipelajari.
W. D. Whitney, seorang Orientalis berkenaan dengan bahasa Sanskrit dari Amerika Syarikat pada abad ke-19 M dengan angkuhnya menyatakan bahawa, 'Berkenaan dengan sejarah linguistik bahasa Sanskrit klasik, ia hampir tiada apa-apa langsung melainkan sejarah gaya yang pada kebanyakan keadaan menunjukkan kemunduran sedikit demi sedikit, semakin dibuat-buat, condong kepada bentuk yang tidak disukai dalam sesuatu bahasa iaitu bentuk pasif, bentuk kala berbanding dengan kata kerja itu sendiri dan penggantian dengan ayat-ayat majmuk'.
Michael Coulson, sarjana bahasa Sanskrit dari Universiti Edinburgh dalam ulasan beliau kemudian mempersoalkan kenyataan yang diberikan oleh W. D. Whitney. Beliau berasa hairan kenapakah bentuk pasif, bentuk kala bagi kata kerja dan ayat-ayat majmuk itu dipandang sebagai bentuk yang tidak digemari dalam pandangan W. D. Whitney? Menurut beliau tiada sebarang justifikasi diberikan kepada kenyataan ini walaupun selepas beberapa lama bidang linguistik berkembang.