Bahasa Ardhamāgadhī Prakrit adalah merupakan bahasa Indo-Arya Pertengahan dan ia adalah sejenis bahasa Prakrit Drama yang dianggap sebagai cikal-bakal kepada bahasa-bahasa moden di negeri Uttar Pradesh. Ia juga digunakan dalam agama-agama yang dipakai dalam ajaran Buddha dan ajaran Jain. Boleh jadi juga bahasa Ardhamāgadhī Prakrit ini adalah bahasa Indo-Arya Tengah yang berkaitan dengan bahasa Pali Māgadhī dan bahasa Sauraseni Prakrit. Bahasa ini dianggap sebagai penurun kepada bahasa Māgadhī Prakrit pasar yang disebut juga sebagai bahasa separa Māgadhī.
Kaitan Bahasa Ardhamāgadhī dan Bahasa Pāli
Tradisi penganut Buddha Theravada dari dulu lagi menganggap bahawa bahasa Pāli ini serupa dengan bahasa Māgadhī. Terdapat juga banyak analogi antaranya yang menyatakan bahawa bahasa Māgadhī Tua atau Ardhamāgadhī ini terkenal sekali penggunaannya dalam kalangan sarjana Jain. Ia dipelihara dalam agama-agama Jain. Selain itu, kedua-dua baginda Siddhartha Gautama dan Tirthankara Mahāvīra turut menyebarkan dharma di Māgadha.
Bahasa Ardhamāgadhī berbeza dengan bahasa Māgadhī Prakrit yang kemudian sama juga seperti ia berbeza dengan bahasa Pāli. Contohnya, bahasa Ardhamāgadhī memelihara aksara ल sedangkan bahasa Māgadhī Prakrit merubah aksara ल menjadi aksara र. Di samping itu, infleksi kata nama dalam bahasa Ardhamāgadhī menunjukkan penghujung ओ sedangkan bahasa Māgadhī Prakrit menunjukkan penghujung ए dalam kebanyakan tempat pada sutra.
Cuba bandingkan bahasa Pāli yang digunakan dalam sastra Dhammapada dengan bahasa Ardhamāgadhī yang digunakan dalam sastra Saman Suttam.
Seseorang itu boleh menawan beribu-ribu dan beribu-ribu seteru dalam perjuangan ghaib; Namun kejayaan agung itu mengandungi peperangan ke atas jiwanya sendiri.
- Saman Suttam 125

यो सहस्सं सहस्सेन सङ्गामे मानुसे जिने। एकञ्च जेय्यमत्तानं सङ्गामे स वे सङ्गाजुत्तमो॥
Agung lagi dalam peperangan berbanding orang yang mampu menawan beribu-ribu orang itu adalah dia yang menawan hanya satu - jiwanya sendiri (nafsu).
- Dhammapada 103जो सहस्सम् सहस्सनम् सम्गमे दुज्जए जिने। एगम् जिनेज्ज अप्पनम् एस से परमो जओ॥
Seseorang itu boleh menawan beribu-ribu dan beribu-ribu seteru dalam perjuangan ghaib; Namun kejayaan agung itu mengandungi peperangan ke atas jiwanya sendiri.
- Saman Suttam 125
Rujukan
- Saksena, Baburam (1971). Evolution of Awadhi (a Branch of Hindi). Motilal Banarsidass Publishers, p. 7.