Aksara Bahasa Pali

Bahasa Pali boleh ditulis menggunakan pelbagai jenis aksara. Di rantau Asia Tenggara, bahasa Pali ditulis menggunakan aksara bahasa Siam, bahasa Kemboja, bahasa Burma atau bahasa Laos. Di Asia Selatan, ia boleh ditulis dalam aksara Sinhala di Sri Lanka atau aksara Devanagri. Di Barat, ia boleh ditulis menggunakan aksara standard Romawi dengan tanda pada vokal dan konsonan bagi mewakili ketepatan bunyi. Untuk kemudahan pelbagai pihak, maka aksara Devanagri ditetapkan sebagai aksara penulisan untuk bahasa Pali.

Aksara bahasa Pali ini bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
  • Svara, iaitu suara yang terdiri daripada suara pendek dan suara panjang
  • Svara Saṃyukta, iaitu suku kata terbuka
  • Vayaṃjana, bunyi letusan, getaran atau dengungan yang disebabkan oleh halangan anggota dalam mulut
Dikumpulkan: Northern Gate