Terdapat pepatah yang menyatakan bahawa kita tidak mengetahui bahasa kita sendiri sehinggalah kita mempelajari bahasa yang lain. Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari bahagian-bahagian asas dalam pengucapan. Apabila kita mengetahui hal-hal ini maka mudahlah untuk kita mempelajari bahasa Pali atau bahasa mana sekali pun.
Kata Kerja
Marilah kita melihat kepada ayat yang ringkas ini, 'bhiksu yang tenang itu membaca sebuah buku'. Bahagian yang terpenting dalam ayat yang diberikan ini adalah kata kerja. Setiap ayat memerlukan kata kerja. Kata kerja ini adalah perkataan yang 'membuat' dan ia menjelaskan mengenai tindakan-tindakan contohnya seperti, 'saya membaca'. Ia boleh juga menjelaskan mengenai keadaan kejadian, contohnya seperti, 'saya rasa sejuk'. Hal ini, bukanlah benar-benar satu tindakan namun ia menjelaskan mengenai bagaimana keadaan kita.
Dalam bahasa-bahasa di Barat, terdapat kata kerja yang menghubungkan perkataan-perkataan di dalam satu ayat yang boleh kita sandarkan kepada adalah atau ialah. Contoh ayatnya adalah, 'lelaki itu ialah seorang bhiksu'. Perkataan 'ialah' itu adalah seperti tanda 'persamaan' lelaki itu dengan seorang bhiksu. Terdapat dua kata nama lagi dalam ayat itu 'bhiksu' dan 'buku'.
Kata Nama
Kata nama pula merujuk kepada orang, tempat atau benda. Walau bagaimanapun, kata nama boleh jadi juga merujuk kepada benda-benda yang tidak boleh disentuh seperti buah fikiran atau konsep. Sebagai contoh, perkataan 'tatabahasa' bukan orang, tempat atau benda. Namun, ia masih dikira sebagai kata nama. Kata nama juga penting dalam pembentukan sesuatu ayat kerana mesti ada sesuatu yang menjalankan sesuatu tindakan yang diwakili oleh kata kerja.
Kata Sifat
Bagaimana pula dengan perkataan 'tenang'? Perkataan 'tenang' ini adalah kata sifat atau dalam bahasa Inggeris kita sebut sebagai adjektif. Kata sifat ini menjelaskan mengenai sifat atau keadaan bagi sesuatu kata nama. Dalam ayat 'bhiksu yang tenang itu membaca sebuah buku' seperti di atas itu, bhiksu itu dijelaskan sebagai seorang yang tenang. Kata sifat ini boleh digunakan untuk mengkhususkan yang mana satu, jenis apa dan berapa banyak. Terdapat banyak jenis kata sifat seperti warna, bilangan,