Pandangan Emik dan Pandangan Etik

Definisi emik merujuk kepada dua jenis maklumat yang diperolehi dari sikap atau tabiat manusia. Pengetahuan emik dan penafsirannya adalah mengikut sesuatu yang ada dalam satu kebudayaan, yang didapati dari istiadat tempatan, maksud dan kepercayaan tempatan. Ia bagus sekali diterangkan sendiri oleh sesuatu kebudayaan asli yang lain (Ager & Loughry, 2004)

Pengetahuan etik pula merujuk kepada pukul rata pandangan mengenai sikap atau tabiat manusia yang dianggap sebagai benar. Ia dilihat sebagai nilai sejagat serta merujuk kepada pengamalan kebudayaan sehinggap kepada perolehan hasil dari minat pengkaji kebudayaan itu sendiri. Sebagai contoh, keadaan ekonomi atau keadaan ekologi yang berada dalam sesuatu kebudayaan itu dipandang sebagai munasabah bagi membentuk nilai yang dicerminkan olehnya (Morris et. al, 1999).

Pendekatan emik dan etik dalam memahami tabiat, sikap dan perwatakan manusia itu terjatuh dalam kategori pengajian antropologi kebudayaan. Hal ini boleh ditemui juga dalam Pengajian Perniagaan (Business Studies), Politik, Diplomasi dan Pengajian Antarabangsa (International Relations).

Dalam konteks bahasa Pali, walaupun bahawa Sanskrit didakwa sebagai bahasa murni yang digunakan dalam upacara kaum Brahmin serta bahasa suci yang dituturkan oleh para dewa atau para malaikat, mempunyai makna kewujudan bagi setiap perkara dan mempunyai maksud yang tetap. Namun, pandangan sebegini tidaklah dikongsi oleh penganut ajaran Buddha yang awal. Bagi penganut ajaran Buddha, setiap perkataan itu hanyalah perlambangan konvensional yang boleh berubah-ubah. Siddhartha Gautama dan murid-murid awal baginda tidak pernah mempunyai pandangan yang sama dengan kaum Brahmin yang merujuk bahasa Sanskrit Veda sebagai bahasa suci. Pandangan mereka juga sama terhadap bahasa Pali.

Bahasa Pali hanya digunakan sebagai wahana untuk penyampaian ajaran kerohanian dan susila bagi menggantikan bahasa Sanskrit kerana pelarasan bahasa yang dibuat bagi menyesuaikannya dengan loghat bahasa bangsa-bangsa Arya pada zaman pertengahan. Semasa zaman pengumpulan semula ulasan-ulasan bagi sastera bahasa Pali pada abad ke-5 dan abad ke-6 M, bahasa Pali dianggap oleh sesetengah orang sebagai bahasa yang azali, yang menjadi induk kepada bahasa semua makhluk alam seperti pandangan kaum Brahmin terhadap bahasa Sanskrit Veda.

Pandangan ini memandang bahasa Pali itu seperti bahasa Mesir, bahasa Latin, bahasa Arab atau bahasa Ibrani yang suci digunakan dalam tradisi-tradisi mistik di sebelah barat dunia kita. Bacaan katha-katha dalam bahasa Pali pun kadang-kala dianggap orang sebagai berkuasa magis, menjadikan pembacanya berkuasa magis atau menjadikan pembacanya mempunyai ciri kuasa magis untuk menghalang mara bahaya dari menimpa pembacanya. Sebagai contoh, dharani dalam bahasa Pali dijadikan oleh orang ramai sebagai penangkal melawan bisa patukan ular.

Ramai lagi penganut ajaran Buddha dalam tradisi Theravada yang percaya bahawa mengambil sumpah dalam bahasa Pali itu memberikan makna yang istimewa dan memberi kuasa yang luar biasa. Contohnya, pembacaan sumpah Angulimala dalam bahasa Pali dipercayai oleh orang mampu menghilangkan kesakitan ibu yang sedang melahirkan anak di Sri Lanka. Hal ini bolehlah juga dibandingkan dengan penganut ajaran Islam dalam kalangan orang Melayu yang percaya bahawa doa-doa yang disusun oleh orang alim dalam bahasa Arab itu mampu memberikan kuasa magis menghalau syaitan apabila dibacakan ke telinga pendengarnya.

Di Thailand, pembacaan sebahagian daripada Sutra Abhidhammapitaka dipercayai memberikan faedah pahala kepada roh mereka yang baru meninggal dunia. Upacara pembacaan sutra ini dijalankan selama tujuh hari selepas kematian si mati. Hal yang menarik menurut pengulas-pengulas dari Barat, tiada sebarang tajuk perbincangan dalam sastera terkemudian pun yang membincangkan mengenai hal ini dan asal-usul adat istiadat ini juga kurang jelas.