Viveka Mārtaṇḍa adalah salah salah satu sastera yang diiktiraf dalam aliran Sang Nātha. Ia menjelaskan mengenai amalan para Yogi Nātha. Perkataan mārtaṇḍa ini boleh diterjemahkan sama ada sebagai 'matahari' atau sebagai 'pengarang yang berbeza-beza'. Manakala perkataan viveka pula bermaksud 'hikmah' atau 'kebijaksanaan'. Oleh itu, karya ini boleh diterjemahkan sama ada sebagai 'Surya Kebijaksanaan' atau sebagai 'Himpunan Kebijaksanaan dari Pengarang Berbeza-Beza'.
Kepelbagaian ayat dalam Viveka Mārtaṇḍa ini nampaknya serupa dengan ayat-ayat yang terdapat dalam Bhagavadgita. Terdapat juga ayat-ayat yang serupa dengan Gorakha Paddhati. Sesetengah pengkaji menyokong pandangan bahawa Viveka Mārtaṇḍa meminjam buah fikiran dari Gorakha Paddhati dan bukan sebaliknya. Dalam gal ini, sastera ini boleh diterjemahkan sebagai 'Himpunan Kebijaksanaan dari Pengarang Berbeza-Beza'
Gorakṣa Nātha
Sastera ini sering dikaitkan dengan tokoh Gorakṣa Nātha. Tokoh ini adalah pengasas kepada aliran Nātha dan beliau sebenarnya adalah seorang yogi. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada dua anak murid kepada Macendra Nāth yang terkenal. Pengikut yogi ini boleh ditemui di Garbhagiri, Ahmednagar di negeri Mahāraṣtra. Pengikut yogi ini digelar sebagai Sang Yogi, Pengikut Sang Gorakṣanātha, Sang Darśani atau Sang Kaṇphata.
Cetera peribadi tokoh ini tidak diketahui dengan jelas. Beliau ini adalah salah seorang daripada sembilan orang wali yang digelar sebagai navanātha atau wali sanga dalam bahasa Jawa. Mereka memang terkenal di negeri Mahāraṣtra. Lagenda menyebut bahawa tokoh ini lebih daripada seorang guru berbangsa manusia. Sebaliknya, tokoh ini melangkaui zaman dan muncul di muka bumi pada abad-abad yang berlainan.
Selain itu, tokoh ini tidaklah menekankan sebarang teori alam ghaib yang tertentu atau Kebenaran yang khusus. Beliau hanya menekankan mengenai pencarian Kebenaran dan juga kehidupan rohani yang beharga serta matlamat hidup seorang manusia biasa. Gorakṣa Nātha menjuarai Yoga, disiplin rohaniah dan hidup dengan tatasusila. Beliau mengajarkan mengenai keazaman yang muncul di hati manusia itu dijadikan sebagai wahana untuk mencapai samadhi dan kebenaran rohani orang perseorangan.
Buah fikiran dari Gorakṣa Nātha dan lain-lain terkenal di pedalaman benua kecil India. Biara-biara dan kuil-kuil dibina untuk tokoh ini. Ia boleh ditemui di Gorakhpur. Pergerakan yang diasaskan oleh tokoh ini sebenarnya dipandang hina oleh orang-orang pekan yang bangsawan.