Pelajaran ini adalah kutipan aku dari bahan-bahan hasil jasa Bhante Thera
Narada. Aku mengumpulkannya semula dan menggunakan wahana bahasa Melayu sebagai alat sebaran bahasa ini.
Setakat yang aku boleh ulangi, perkataan Pali ini bermaksud
'Sastra' dan ia kini digunakan sebagai rujukan kepada bahasa yang
diucapkan dalam bacaan upacara Buddha.
Nama sebenar bahasa ini adalah bahasa Magadha. Ia adalah bahasa yang diucapkan di Kerajaan Magadha semasa hayat baginda Siddhartha Gautama Buddha sekitar abad ke-6 sebelum masehi. Baginda Buddha bertutur dalam loghat Suddha Magadha semasa menyampaikan buah-buah ajaran baginda kepada orang ramai.
Unsur-unsur dalam bahasa Pali Magadha ini boleh dikuasai orang ramai hanya dalam masa beberapa bulan sahaja. Bahasa ini membuka telinga kita kepada dharma dan rentak ajaran yang disampaikan oleh baginda Buddha. Selain itu, ia menjadi bahasa lingua franca di negara-negara yang melindungi ajaran Buddha maka ia adalah bahasa yang berbaloi untuk dikuasai walaupun oleh orang awam. Bahasa ini memang digunakan sebagai bahasa pendidikan dan bahasa pengajaran.Ia tidak terbatas kepada bhiksu-bhiksu Buddha sahaja.

Pengumpul: Northern Gates