Sebelum
pengenalan sistem cetakan di benua kecil India pada abad ke-18 M, huruf
yang digunakan untuk mengajarkan bahasa Sanskrit berbeza mengikut
rantau-rantau. Huruf-huruf yang digunakan untuk menulis bahasa tempatan
digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit yang diajarkan di situ.
Pendita
yang sering mengembara mungkin berkemahiran atau celik pelbagai jenis
huruf yang digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit. Walau bagaimanapun,
asas kepada tradisi bahasa Sanskrit adalah pada bacaan dan bercakap.
Penyebaran teks-teks berbahasa Sanskrit yang dicetak menggalakkan
penggunaan satu jenis tulisan untuk menaip bahasa ini. Huruf nagari yang
digunakan secara meluas di India Tengah menjadi terkenal dan sering
digunakan untuk menaip bahasa Sanskrit. Huruf ini juga digunakan untuk
menulis bahasa Hindi dan bahasa Marathi di beberapa bahagian di Republik
Kesatuan India. Pada hari ini, pendita yang paling ortodoks sekali pun
memang terbiasa dengan huruf nagari dan huruf ini digunakan dalam
penerbitan-penerbitan bahasa Sanskrit walaupun di peringkat rantau
tempatan di India. Baca lanjut di sini.
- Svara atau vokal
- Vyañjana atau konsonan
- Aksara Vṛtaśastra
- Samyuktakṣarāṇi
Latihan Transliterasi Aksara Nagari
Dikumpulkan oleh: Northern Gate