Bahasa Pali


Bahasa Pali merupakan bahasa yang digunakan bagi mencatatkan agama-agama Buddha yang dikumpulkan kesemuanya menjadi Tripitaka atau Tiga Bakul. Bahasa Pali berpengaruh di negara-negara yang menerima pakai ajaran Buddha berdasarkan kepada tradisi Theravada atau aliran orang-orang tua seperti di Thailand, Myanmar, Sri Lanka, Laos dan Kemboja. Hal ini berbeza pula dengan mereka yang mengamalkan tradisi Bodhisattva kerana mereka banyak menggunakan bahasa Sanskrit dan bahasa tempatan mereka dalam penyampaian ajaran Buddha. Bahasa Pali tergolong dalam jenis bahasa Prakrit yang dituturkan pada zaman pertengahan.
Rujukan Ajaran Buddha